LAUNCH OF PETROS LPG

TEXT OF SPEECH:

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari
Bin Tun Datuk Abang Haji Openg

 

sempena

Pelancaran PETROS LPG

 

pada
Rabu, 2 Disember 2020

 

Kubah Ria, Kuching

 

Assalamualaikum, warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang

  1. Selamat Petang kepada semua dan terima kasih kepada para pemilik dari kedai makanan dari Kompleks Kubah Ria Baru ini yang terlibat dalam majlis yang amat bermakna pada petang ini, iaitu pelancaran PETROS LPG, tong gas kamek atau tong gas kitai jenama Sarawak yang tulen dan asli.
  2. #TongGasKamek #TongGasKitai bewarna merah akan berada di pasaran untuk memasak di kedai-kedai makan, gerai-gerai menjual makanan, di restoran atau di rumah yang saya pasti akan menjadi kebanggaan orang Sarawak. 
  3. Hari ini, saya menunaikan janji kepada rakyat dengan tong gas berwarna merah kini tiba di pasaran menandakan bahawa, PETROS, Syarikat minyak dan gas negeri ini, semakin giat berkecimpung dalam sektor hiliran industri minyak dan gas di negeri ini.  
  4. Syabas dan tahniah kepada PETROS dan seluruh rakyat Sarawak. 

 

SUMBER SARAWAK UNTUK KEMAJUAN SARAWAK

  1. Gas asli yang berada di perut bumi Sarawak, samada di daratan atau di luar pantai bumi bertuah ini adalah bagaikan permata mahkota untuk Sarawak. Sarawak mempunyai lebih daripada 60% simpanan gas negara dan merupakan pengeluar gas asli terbesar di negara ini. Pada tahun ini, Sarawak mengeluarkan sejumlah 4.67 juta kaki padu gas sehari.
  2. Sarawak biasa dikenali sebagai negeri minyak, tetapi sebenarnya kita patut juga dikenali sebagai negeri gas.
  3. Sarawak adalah tempat lahirnya industri minyak dan gas di negara ini. Negeri Sarawak telah mengeluarkan minyak sejak 1910, dan sejak 1980 Sarawak adalah negeri yang telah menghasilkan gas asli yang dieksport ke negara lain dalam bentuk LNG.
  4. Industri gas merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara, bukan sahaja melalui eksport, atau penjanaan kuasa atau sebagai feedstock kepada industri tetapi kelangsungan bekalan gas cecair asli (LPG) untuk kegunaan domestik juga telah mempastikan bekalan tenaga dengan harga mampu milik (affordable) yang berterusan untuk seluruh rakyat.
  5. Walaupun Sarawak pengeluar gas asli terbesar, 60% LPG yang digunakan oleh orang Sarawak adalah diimport. Ini bukanlah keadaan yang sihat bagi ekonomi Sarawak kerana ini menunjukkan bahawa hasil mahsul negeri tidak digunakan sepenuhnya di negeri ini.
  6. Kerajaan GPS ingin membetulkan keadaan ini dan ini bermaksud menyalurkan pengeluaran LPG kita sendiri dari sumber hidrokarbon kita sendiri untuk mengurangkan pergantungan pada bekalan bahan bakar yang diimport . Ke arah ini, Kerajaan GPS akan meneruskan komitmen untuk menyediakan ekosistem bagi merangsang pertumbuhan industri hiliran gas di negeri ini.
  7. Ordinan Pengedaran Gas 2016 (Distribution of Gas Ordinance 2016) atau DGO 2016 yang ditadbir oleh Kementerian Utiliti Sarawak sudah berkuatkuasa sepenuhnya. DGO 2016 memberi kuasa sepenuhnya kepada Negeri Sarawak untuk melesenkan dan membuat peraturan bagi semua aktiviti pengedaran gas di negeri ini yang sebelum ini berada pada pihak berkuasa Persekutuan. Dengan kawalan sepenuhnya terhadap bekalan termasuk import, pengedaran dan penjualan gas domestik, Sarawak telah mencapai matlamat DGO 2016 untuk memastikan sumber negeri ini diberi keutamaan untuk membangunkan Sarawak.

 

KERAJAAN YANG PRIHATIN DAN INKLUSIF – MENANGANI AKSES BAHAN BAKAR

  1. Menjelang 2030, Sarawak berhasrat memiliki ekosistem dan infrastruktur tenaga moden lestari termasuk persekitaran mampan untuk mendorong pertumbuhan sosio ekonomi Negeri seiring dengan kemajuan ekonomi digital dan hijau.
  2. Kita mahu semua rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada akses kepada bahan bakar yang lebih bersih. Bagi tujuan ini, kita akan terus menyokong jangkauan LPG ke kawasan terpencil di Sarawak.
  3. Taburan penduduk Sarawak yang unik adalah cabaran bagi pengedaran untuk merapatkan jurang akses antara bandar dan luar bandar:
  • 60% penduduk Sarawak berada di luar bandar dengan hanya empat daerah di Sarawak yang mencatatkan demografi Bandar, iaitu Kuching (85.5%), Sibu (79.7%), Bintulu (74.6%) dan Miri (76.5%).
  • Kepadatan penduduk terendah pada 20 orang sekilometer persegi, (berbanding negeri paling padat penduduk kedua - Pahang pada 42 orang sekilometer persegi dan Malaysia 88 orang sekilometer persegi).
  1. Sebagai kerajaan yang prihatin dan inklusif, kita akur banyak lagi yang harus dilakukan untuk memberi rakyat kita akses kepada sumber tenaga yang berpatutan dan bersih di kawasan terpencil di negeri ini.

 

PENGAGIHAN KEKAYAAN DAN PENGLIBATAN DALAM PERTUMBUHAN EKONONOMI DI SELURUH SARAWAK 

  1. Kayu pengukuran bagi komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses yang berpatutan juga meliputi mewujudkan - melalui PETROS, ekosistem LPG yang sihat, yang disokong oleh penggunaan teknologi untuk mendigitalkan ekonomi negeri kita.
  2. Dalam sidang DUN yang lepas, saya membentangkan Belanjawan Negeri 2021 agar model pembangunan ekonomi baharu dirancang bagi mewujudkan ekosistem untuk memperluaskan pelaburan sektor swasta. Ini adalah strategi pembangunan Kerajaan Sarawak.
  3. Pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan peluang lebih besar bagi rakyat Sarawak dan syarikat Sarawak untuk mengambil bahagian dan melabur dalam industri minyak dan gas serta memperoleh kepakaran, pengetahuan dan teknologi.
  4. Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo dalam ucapan beliau sebentar tadi, pemain industri Sarawak telah bersama-sama menjayakan PETROS LPG untuk memastikan bekalan berterusan (security of supply). Saya berharap dapat melihat lebih banyak penyertaan sektor swasta, termasuk perniagaan kecil untuk memastikan penyampaian #TongGasKamek/TongGasKitai yang cekap kepada pelanggan di seluruh Sarawak.
  5. Kerajaan GPS Sarawak bersama PETROS juga akan menggubal Pelan Induk (Master Plan) untuk membangunkan rangkaian pengedaran gas dan potensi untuk membuka seterusnya sumber gas ini untuk manfaat seluruh rakyat Sarawak.
  6. Saya juga berharap teknologi dapat digunakan untuk meningkatkan rantaian bekalan PETROS LPG melalui pesanan dalam talian dan pembayaran juga dalam talian melalui Sarawak Pay.
  7. Kita sudah melihat bagaimana pesanan dalam talian melalui Apps bagi pelbagai keperluan harian, khususnya bahan makanan menjadi agak popular sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Tiada yang boleh menghalang Tong Gas Merah kita dijual di pasaran tempatan melalui Apps untuk memudahkan penjualan.
  8. Saya amat yakin kesemua potensi pembangunan ini yang berada dalam persekitaran sumber gas asli akan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan terciptanya peluang perniagaan dan pekerjaan bernilai tinggi dalam rantaian nilai dan pengedaran ekonomi negeri ini.

 

IMPIAN UNTUK PETROS LPG MENEMBUSI PASARAN DI LUAR SARAWAK

  1. PETROS LPG berpotensi untuk diedarkan ke pasaran di luar Sarawak untuk menambahkan hasil kepada Negeri Sarawak berdasarakan konsep “Revenue Re- Engineering”.
  2. Dengan adanya keupayaan kita untuk menentukan bekalan gas secara berterusan, pengeksportan PETROS LPG ke luar Sarawak di rantau ini boleh dilihat sebagai usaha berterusan Kerajaan GPS untuk menambahkan hasil untuk negeri ini.
  3. Saya ingin menyatakan komitmen tinggi Kerajaan GPS untuk menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 di mana industri minyak dan gas kita adalah kunci untuk mencapai visi ini. Peluang pekerjaan akan tercipta, kehidupan dan taraf hidup ditingkatkan.
  4. Saya amat yakin masa hadapan Sarawak amat cerah dan rakyat negeri ini harus bersatu untuk mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian sosial supaya sumber minyak dan gas kita dapat dibangunkan secara tersusun untuk kepentingan semua.
  5. Akhir kata, saya mengajak saudara dan saudari untuk  bertukar kepada #TongGasKamek #TongGasKitai. Marilah kita bertukar kepada #TongGasKamek #TongGasKitai.
  6. Sekian. Terima kasih.

 

- END -

 

 

TAN SRI DATUK AMAR (DR) HAMID BUGO,
Chairman of the Board of Directors, Petroleum Sarawak Berhad


At the
Launch of PETROS LPG


On
Wednesday, 2 December 2020


Kubah Ria, Kuching

 

(All protocols observed)


Terlebih dahulu, izinkan saya, bagi pihak Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian and merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian semua untuk bersama kami di Majlis Pelancaran PETROS LPG pada petang ini. Terutama sekali kapada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Abang Jo dan juga Yang Berhormat Menteri Kemudahan Awam, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom. Your guidance, strong and effective support means a great deal to us.

 

Hadirin yang di hormati sekalian,

 

Ingin saya katakan di sini majlis petang ini adalah untuk memberi perluang kepada hadirin semua untuk mengetahui apa yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh PETROS sebagai syarikat yang telah ditugaskan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil dari sumber asli negeri kita, iaitu Oil and Gas. Di antara kita yang hadir pada petang ini, mudahan ramai yang bakal menjadi rakan kepada PETROS sebagai pembekal LPG, pengguna LPG, pembawa LPG dan selanjutnya.

 

 

Ladies and gentlemen,


In 2018 we began a journey. The genesis of PETROS – as we are now known, brought to the forefront to fulfil Sarawak’s aspiration for a greater role in the development of her hydrocarbon resources.

 

We have stayed true to our mandate, and our purpose aligns absolutely to our role as the State’s implementation entity to realise her aspirations for her oil and gas. To Harness Our Resources for Sustainable Progress of Sarawak.

 

In 2018 at the launch of PETROS, I shared a quote from JF Kennedy “As we express our gratitude, we must never forget that the highest form of appreciation is not to utter words, but to live by them”.

 

Dalam merakamkan penghargaan, kita mesti tidak lupa bahwa penghargaan yang paling dihargai bukan lah kata kata, tapi tindakan yang sewajar.

 

Today, I am here, happy to announce the launch of PETROS LPG. We are honouring this intent as supplier of LPG (Liquified Petroleum Gas) into the Homes, Businesses and Industries of Sarawakians – starting in 2021 with Kuching and Samarahan, and extending State-wide in 2022.

 

 

Ladies and Gentlemen.


2020 has been a year of milestones for PETROS:

  • We began on 1 January 2020 – as the Single Entity for the supply, sale and distribution of natural gas to domestic customers in Sarawak, with our ownership and operatorship of Bintulu and Miri Gas Distribution Systems and Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd
  • In October 2020, we were awarded two onshore Oil Mining Licenses by the State Government which will pave the way for PETROS to seek investors to carry out onshore exploration activities.
  • Today, we launch our entry into the State’s Liquified Petroleum Gas (LPG) market – a very important energy source for Sarawakians.

 

Moving Energy to benefit the lives and livelihoods of Sarawakians

 

LPG complements our natural gas distribution. Throughout a challenging year, we continued to reliably supply essential gas to:

  • Over 25,000 households through our piped gas grid operated by wholly-owned subsidiary Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd,
  • Over 1,500 commercial businesses and industries served by our Gas Distribution Systems in Bintulu and Miri.

 

With PETROS LPG, we will further support Sarawakians with a cleaner burning, more efficient and safe cooking fuel.

 

More than ever, families are gathering over meals cooked at home. PETROS LPG will be honoured to be part of every meal in every Sarawakian home.

 


Our Vision for PETROS LPG and where we will apply our efforts are three-fold:

  1. SAFETY. In everything we do, safety is our utmost priority, and we expect the same commitment from our partners and dealers to assure the safe use of PETROS LPG. We will do this through advocacy and education to promote best practice on the safe handling and use of our products.
  2. SUPPLY. To invest in domestic LPG production from our oil and gas assets in Sarawak and reduce the State’s reliance on import LPG.
  3. SALE. The distribution and sale of our products is an area we hope, in collaboration with our supply chain partners, to improve fair prices to end customers. It comes as no surprise that remote areas of Sarawak – those who are least able to afford, are paying the highest price for this important cooking and heating fuel. Price stacking is a challenge for us all as players in this strategic value chain, that is Sarawak Oil & Gas.

 

(Steadfast in Collaborating)


Our launch today and in setting a firm foundation for PETROS LPG to succeed in Sarawak, have required the collaboration and multi-agency support of several State ministries and agencies as well as our partners:

  • Ministry of Utilities, as the Regulator of the State’s Distribution of Gas Ordinance 2016 to ensure adequate, reliable, quality, efficient, affordable and safe gas supply for domestic consumers in the State
  • Health and safety enforcement including Fire and Rescue department (BOMBA)
  • Our market entry collaborators: Petronas Dagangan Berhad, KKB Engineering Sdn Bhd, Senari Synergy and Kuching Independent Oil Terminal.

I expect that we will have the opportunity to prosper together through continued cooperation and support for each other.
 

 

Akhir kata,

Sekali lagi, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang selama ini tulus ikhlas menyokong PETROS; kepada anda yang bakal menyambut #TongGasKamek #TongGasKitai ke rumah, perniagaan serta industri anda

 

Thank you all for your enduring support of PETROS; to you who will welcome PETROS LPG into your Home, your Business and your Industry.

 

Kami di PETROS akan terus menunaikan “Amanah” kami dengan penuh dedikasi to Jaga Sarawak, the whole of Sarawak.

 

Saya berasa amat bertuah dan rendah diri sekiranya anda sertai kami dan bergerak bersama and be the Energy That Moves Us.

 

Terima Kasih.

 

- END -

COOKIES DISCLAIMER

This website uses cookies to remember you and improve your experience. To find out more, see our Privacy Policy. ACCEPT AND CLOSE